Friday, February 5, 2010

Qisya Demam Panas

Hari rabu lepas, 3hb February 2010, Mama pergi kerja seperti biasa. Qisya masa tinggalkan dekat rumah Opah nampak elok walaupun demam. Mama tinggalkan ubat dekat Opah Qisya. Pukul 11 pagi Mama dapat called dari Mak Su Qisya "Kak Abby, Badan Qisya panas. Dia menggigil, pastu menjerit2 nangis".
Mama dekat office terkedu kejap. terus off PC dan balik. Papa tak dapat nak balik rumah sebab banyak kerja.

Sampai rumah Mama tengok Qisya tengah lembik terbaring...Mama terus ambik Qisya bawa Klinik.
Qisya merengek2 sepanjang dalam Klinik masa tengah tunggu giliran.. Mama tau Qisya tak tahan..
Sebab Qisya asik cakap " Akit... Akit.." Qisya nak Mama peluk je dia.. Tak boleh lepas... Kadang2 dia tidur terkejut2.. meracau2...

Jumpe Doktor Saifuddin... Check-check... Panas Qisya dah cecah 40'celcius. PANAS betul!!! Terus doktor Saifuddin masuk ubat bontot. Qisya menangis... tu je lah dia boleh buat pun.. Then Doktor bagi ubat macam biasa...

Masa balik Rumah.. Mama rasa Badan Qisya still panas... Mama tak puas hati.. sebab Qisya tak pernah selembik ni kalau demam.. Dulu Qisya pernah demam jugak smp 40'celcius, tapi Qisya still boleh jalan & main. Yang ni Qisya terbaring lesu, lemah, longlai... Mama bawa pergi Klinik Kesihatan pulak petang tu..

Jumpe Doktor K.K, Check2 panas still tak reda... Doktor ambil sample darah...Masa nak ambil darah tu Qisya menjerit2.. Luluh hati tengok Anak Mama Menjerit sambil cakap "NANAK! AKIT!" "NANAK! AKIT!" tapi nak buat macam mana kan? terpaksa jugak Mama pegang kaki Qisya masa doktor ambil sample darah.. pas dpt result.. terus kene transfer pergi Unit Kecemasan Hospital Selayang....Suspected DENGGI or Ade Virus Jangkitan Kuman....

Lagi hati Mama tak keruan.. Called Papa.. Suruh balik cepat.... Dekat rumah sementara tunggu Papa balik, Mama bagi Qisya makan.. Tapi Qisya tak lalu makan... Mama pergi beli vitagen + Rockey...

Sampai Hospital Selayang... Buat bayaran semua... Kali ni Mama suruh Papa pula yang pegang Qisya... Qisya macam dah fobia nampak doktor... Menjerit2 walaupun just nak ambil test kepanasan badan.. Bila Doktor pasang segala wayar kat badan.. lagi lah menjerit2 Qisya...

Lepas semua dah di check... Alhamdulilah tiada DENGGI & ANY VIRUS...
Lega sikit hati Mama  dengar. Doktor suruh Mama continue ubat dari Hospital Selayang. If Qisya still not OK within 1 week... We must come back to Hospital.

Tangan Yang kene Ambil Darah
Ni muka Qisya lepas kene cucuk
Dalam kereta termenung je Qisya
 Ni bekalan ubat2 dari Hospital Selayang... Banyak sungguh... Dah la susah nak bagi makan ubat...
Harap Qisya cepat sembuh... AMIN

3 comments:

  1. tgk budak demam.. fobia akak..
    lg fobia bila tgk ubat yg nak kena bagi tu...
    memang berperang ler jwbnya nk bg ubat..


    hopefully Qisya lekas sembuhh.. kiss2 from auntie...muaaahhhss

    ReplyDelete
  2. biasalah...budak2 mmg fobia tgk ubat..
    fafish dulu masa 2x masuk hospital..tgk hospital & doc pun dia fobia..
    ubat sampai skrg takut nk makan..
    Akk doakan moga qisya cepat sembuh....

    ReplyDelete
  3. Qisya dh sembuh..
    alhamdulillah...

    ReplyDelete