Tuesday, February 16, 2010

Al-fatihah Buat Arwah Maryam Saffiyah



Pada 13 Feb 2010- Mama dikejutkan dengan 1 berita yang tidak disangka... Pemergian Arwah Maryam Saffiyah pada jam 12.30am, anak kepada Nurul Hanis atau lebih dikenali sebagai Whoppy/Nurul Comfy dikalangan kawan2 FORUM telah ke rahmatullah...
Pada 12 Feb arwah telah dikejarkan ke hospital Sungai Buluh akibat deman panas & setibanya arwah dihospital seluruh badannya didapati kejang atau dikenali sebagai sawan tarik.

Terasa baru semalam Mama meyambut hari jadi arwah yang ke-2... terasa baru semalam kami bercerita pasal anak-anak... semuanya berlaku dengan sekelip mata.... Sayu hati Mama ketika melihat buat kali terakhir arwah Maryam..Seperti tidak percaya bahawa didepan Mama Arwah Maryam dikapankan.. Arwah Maryam seolah-olah sedang nyenyak tidur....Tak sanggup Mama melihat Arwah...Wajahnya tersenyum, bersih, suci...Ya Allah.... Sesungguhnya kau lebih menyanyangi arwah dari kami semua. Semoga Arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman..Ku tahu..SYURGA tempatnya.....Al-fatihah buat Arwah Maryam Saffiyah.

http://i509.photobucket.com/albums/s338/abbyfiza83/DSC_0007.jpg 
http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs174.snc3/20152_240220039021_716284021_3167585_7590483_n.jpg



1 comment:

  1. kan... masa tu iena pun sefamily sedang sakit.. so lambat dpt berita..

    rasa mcm br semalam main2 ngan arwah.. tengok dia berebut aiskrim ngan mak dia masa kami servey port utk gath kita last year tu...

    Al fatihah

    ReplyDelete